Catatan

jom-jom Labuan

Imej
Kembali lagi saya soul. Hari ni saya nak cerita tentang 5 tempat menarik di Labuan. Terletak hanya beberapa jam perjalanan bot dari Kota Kinabalu, dan menjadi laluan feri untuk ke  Brunei  adalah sebuah pulau yang mempesonakan, Labuan. Siapa sangka sebuah pulau yang tenang dengan pantai-pantai indah terkenal di seluruh dunia ini pernah melalui zaman kegelapan sewaktu perang dunia pertama dan kedua yang memusnahkan sebahagian besar bangunan-bangunan di pulau ini. Sebelum mula saya nak tanya apa khabar semua.Semua baik,sihat kah?.Okay jom kita mula. Tempat pertama yang saya mahu kasih tahu ialah Labuan War Memorial Cementary. Labuan War Memorial Cemetary  menempatkan tanah perkuburan tentera-tentera yang gugur sewaktu pencerobohan Jepun di Kepulauan Borneo pada tahun 1945. Terdapat sebanyak 1,788 buah kubur di memorial ini yang turut menempatkan warga Australia dan India.Saya sudah banyak kali datang tempat ni.Tapi ingat tempat ni ialah kawasan tanah perkuburan jadi kita per