jom-jom Labuan



Kembali lagi saya soul. Hari ni saya nak cerita tentang 5 tempat menarik di Labuan.Terletak hanya beberapa jam perjalanan bot dari Kota Kinabalu, dan menjadi laluan feri untuk ke Brunei adalah sebuah pulau yang mempesonakan, Labuan. Siapa sangka sebuah pulau yang tenang dengan pantai-pantai indah terkenal di seluruh dunia ini pernah melalui zaman kegelapan sewaktu perang dunia pertama dan kedua yang memusnahkan sebahagian besar bangunan-bangunan di pulau ini.Sebelum mula saya nak tanya apa khabar semua.Semua baik,sihat kah?.Okay jom kita mula.

Tempat pertama yang saya mahu kasih tahu ialah Labuan War Memorial Cementary.





Labuan War Memorial Cemetary menempatkan tanah perkuburan tentera-tentera yang gugur sewaktu pencerobohan Jepun di Kepulauan Borneo pada tahun 1945. Terdapat sebanyak 1,788 buah kubur di memorial ini yang turut menempatkan warga Australia dan India.Saya sudah banyak kali datang tempat ni.Tapi ingat tempat ni ialah kawasan tanah perkuburan jadi kita perlu sopan santu dan jangan cuba untuk menyentuh barang yang ada di sana.

Alamat: Labuan War Memorial Cemetary, 87000 Labuan
Okay tempat kedua yang saya mahu cerita ni memang best.Siapa suka tengok ikan kah memancing atau menyelam bagus pigi Muzium Marin Labuan.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Bangunan ni 2 tingkat yang berbentuknya macam kerang, Muzium Marin Labuan ini cukup menarik untuk dilawati bersama keluarga. Bagi kamu yang tidak berani menyelam di dalam air laut, di sinilah kamu  dapat mendekati flora dan fauna marin yang bukan sahaja daripada kawasan laut, malahan juga dari paya bakau.Menempatkan lebih daripada 570 koleksi, lawatan ke muzium ini pasti membuat kamu jatuh cinta dengan keindahan dan kekayaan spesies hidupan dalam laut, mungkin ramai yang nak jadi penyelam lepas ini? Antara ruang pameran yang terdapat di sini adalah Seksyen Hidupan Marin, Seksyen Batu Karang, Maklumat Kapal Karam dan Seksyen Paya Bakau.Saya masih ingat lagi kali pertama pigi muzium ni.sakai betul๐Ÿ˜‚.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

Bayaran: Percuma
Alamat: Muzium Marine Labuan, Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan, Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Jalan Tanjung Purun.

Tempat yang ketiga ni wajib pigi.Tempat ni memang cantik dan siapa yang perminat jam ni wajib datang ke Menara Jam Labuan.

Saya masih ingat lagi kenangan saya jalan-jalan di sekitar Menara Jam Labuan ni๐Ÿ˜memang best tapi perkara yang buat saya malu masa saya terkejut dengar bunyi jam dong! dong! dong! dong! Menara jam yang bersejarah di labuan.Sebenarnya,menara jam ni dibina pada tahun 1906 sumbangan daripada seorang peniaga terkemuka Melaka,Chee Swee Cheng.Menara ini merupakan salah satu daripada empat buah struktur lain di Bandar Labuan yang terselamat daripada pengeboman tentera bersekutu.Sedihnya pada tahun 1948 pihak British telah merobohkan menara jam ini dengan janji ia akan dibina kembali, namun begitu, menara ini sebaliknya telah dibina kembali oleh Perbadanan Labuan pada tahun 2002.Jadi, menara jam yang anda dapat lihat kini adalah replika menara yang asal. Untuk pengetahuan anda, jam ini akan mengeluarkan bunyi pada setiap jam.Kalau mahu pigi sini rancang masa betul kalau mahu dengar bunyi jam yang dong! dong! dong! dong!.
Jom kita bergerak ke tempat yang keempat.Tempat ni kalau pigi sana mesti shopping kan๐Ÿ˜‰.Kalau mahu shopping bagus pigi Ujana Kewangan.

Alamat: Taman Antarabangsa Borneo


Ke mana nak dituju di Labuan ini kalau tiba-tiba teringin bershopping seperti di kota metropolitan? Di sinilah lokasinya, Ujana Kewangan ataupun lebih dikenali sebagai UK dalam kalangan penduduk tempatan.UK(united kingdom) pernah sekali saya buat lawak.kawan saya cerita yang dia pernah pigi kedah tapi saya ni pun dak mahu kalah saya cakap saya lagi menang saya pernah pigi UK๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ saya pun tidak percaya yang bolehnya dia percaya yang saya pernah pigi UK dia tanya berapa hargah ticket pigi sana saya cakap cuma perlu bayar RM1000 TOLAK RM995.Semua ketawa kesian kawan saya dia tidak tahu yang saya pernah pigi UK tu sebenarnya Ujana Kewangan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.UK ini sebenarnya adalah satu-satunya pusat membeli-belah yang terdapat di Labuan. Antara yang terdapat di sini adalah Parkson, Giant, KFC, Pizza Hut dan lain-lain.
Tapi yang membezakan pusat membeli-belah ini dengan di tempat lain adalah kerana ia adalah salah-satu daripada tempat bershopping yang bebas cukai untuk barangan seperti coklat, ya anda tidak salah dengar, bebas cukai.  Nak bershopping coklat sehingga penuh satu luggage seperti di Langkawi? Datanglah ke Ujana Kewangan.
Alamat: Lot No. E008, Tingkat Bawah, Bangunan Financial Park, 87000 Wilayah Persekutuan

Vroom-vroom jom kita pigi ketempat yang terakhir.Wahai perminat burung jom lah kita bersama-sama pergi ke The Bird Park labuan.

The Bird Park Labuan dengan 3 buah kubah besar dikelilingi oleh lanskap flora yang indah.Bagi anda yang suka melihat burung-burung yang dicipta dengan penuh warna-warni ini, dapatlah anda melihat dengan sepuas hati lebih daripada 580 spesies burung tanpa perlu membawa teropong yang berat. Semuanya ada di sekeliling anda. Satu perasaan yang pasti mengujakan sesiapa sahaja.Burung-burung ouh burung.Kedai cenderamata juga ada menjual Dream catcher.Saya tak tahu kalau dream catcher tu berfungsi sebagai perangkap mimpi tapi saya beli juga sebagai tanda kenangan dan hiasan beg.
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari Kecuali Jumaat  
Bayaran: Dewasa RM3 | Kanak-kanak Percuma | Warga Emas & Pelajar RM2 | Pelancong RM5                
Alamat: Tg. Kubong, Labuan Town, Labuan Island

Ulasan